Thursday, 9 May 2019

SJHK3103 TAJUK 1: PENGERTIAN PENULISAN SEJARAH

PENGERTIAN PENULISAN SEJARAH

Ciri-ciri Penulisan Sejarah
ü Ilmiah
- Bersifat sistematik mengikut kerangka dan prosedur yg jelas.
- Penulisan tanpa unsur:
a) Emosional
b) Argumentatif
c) Persuasif
d) Memutar belitkan fakta
e) Kepentingan diri sendiri

ü Objektif
- Leopold Von Ranke:
· Matlamat penulisan sejarah adalah utk menggambarkan kejadian sebagaimana sebenarnya berlaku.
· Penulisan tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan penulis.
· Perlu berasaskan sumber yang sahih

ü Laras bahasa
- Penggunaan bahasa yang sesuai dengan golongan sasaran:
· Umum
· Pelajar sekolah (separa ilmiah)
· Pelajar universiti (ilmiah)

ü Gaya penulisan
- Penulisan dlm bidang sejarah menekankan penggunaan teknik foot note.
- Contoh gaya penulisan:
· Naratif
· Deskriptif
· Analisis
· Kritikan

ü Motif
- Merujuk kepada tujuan utama penulisan dilakukan (penulisan akan bersifat tertumpu dan lebih berfokus).
- Aspek intipati penulisan.


Ciri-ciri Penulis Sejarah


ü Kesedaran Sejarah
- Merujuk kpd sikap dan cara pemikiran seseorang individu melihat perubahan dlm masyarakat dari sudut sejarah.
- Penulis Sejarah tidak terlalu bersikap futuristik sehingga melupakan nilai2 budaya, estetika, morality dan maruah yg diwarisi sejak zaman berzaman.

ü Kesarjanaan
- Harus sedar bahawa Sejarah sbg satu disiplin ilmu pengetahuan.
- Penulis perlu mempunyai sikap ingin meneliti dgn lebih luas dlm usaha mengetahui dan memahami sesuatu.

ü Kreatif
- Penulisan bertujuan utk menyatakan pemikiran, perasaan dan emosi berbanding dengan hanya memberikan maklumat.
- Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan seseorang utk menghasilkan dan mencetuskan idea yg baru dan mempunyai keaslian yg tersendiri.

ü Kritikal
- Penulis perlu bersikap kritikal ketika menggunakan sumber sejarah.
- Penulisan sejarah perlu lebih bersikap kritikal yg membincangkan segenap aspek.

ü Ketepatan
- Prinsip asas penyelidikan sejarah adalah utk mencapai kebenaran sejarah.
- Kebenaran sejarah hanya akan tercapai sekiranya proses penyelidikan dilakukan dengan tepat, sistematik dan objektif.

ü Kejujuran
- Kejujuran adalah sifat yang perlu ada pada diri seorang penyelidik sejarah untuk mencapai kebenaran sejarah, terutamanya semasa mengkaji dan menulis laporan.

ü Ketelitian dan penilaian sumber
- Penulis perlu mempunyai ciri ketelitian dan sikap berhati-hati dlm membuat penilaian sumber.
- Ini penting utk mengetahui keadaan sebenar-benar sesuatu peristiwa yg berlaku.

ü Minat
Minat boleh dijadikan sbg pendukung kpd seseorang untuk menyelesai dan menghasilkan sesuatu penyelidikan yang baik. 

No comments:

Post a Comment

white-blue