TEKNIK PENULISAN SEJARAH
Bentuk-bentuk Penulisan Sejarah
ü Naratif
- Bermaksud pengisahan suatu cerita atau kejadian.
- Penulisan sejarah ttg kejadian yg dikaji mengikut urutan waktu.
- Mempunyai titik permulaan, pertengahan dan kesudahan ttg peristiwa.
- Jenis2 Naratif:
a) Naratif kronologikal
· Menceritakan semula mengikut aturan peristiwa yg telah berlaku secara kronologis.
b) Naratif imaginatif
· Bergantung kepada kebolehan penulis mengingati kejadian-kejadian dan menceritakan semula secara logik.
ü Deskriptif
- Sesuatu yang menggambarkan secara lebih lanjut atau terperinci.
- Menggambarkan suasana tempat, orang / peristiwa.
- Penerangan penulis harus memberi gambaran yg jelas dlm minda pembaca.
ü Kritikal
- Merujuk kpd kaedah menguji kebenaran sesuatu sumber kerana adanya kesangsian terhadapt faktanya yg diberikan oleh saksi tentang masa lampau.
- Bermakna mencari kesilapan pendapat yang lama dan baru diajukan dalam penulisan sejarah.
- Jenis2 Kritikan:
a) Kritikan Dalaman
· Proses menentukan kemunasabahan, kerasionalan dan kewarasan bagi memastikan sesuatu sumber samada tulen atau palsu dari segi isi kandungannya.
b) Kritikan Luaran
· Mengesahkan ketulenan dan kesahihan menerusi sifat luaran.
· Bila dicatat, dimana dihasilkan, siapa menghasilkan, bahan apa ia dihasilkan.
ü Analitikal
- Memberi gambaran peristiwa secara kritis dan terperinci.
- Satu kajian yg holistik mengenai peristiwa.
- Mengambil suatu masalah yg kompleks untuk diselidiki secara terperinci setiap komponen dan perkaitan antara semua komponen tersebut.
Kemahiran Nukilan
ü Nukilan – memetik (quotation) atau merumus idea (citation) dari sumber rujukan.
ü Dlm penulisan, pengambilan sesuatu petikan dari buku ataupun sumber yang lain adalah suatu yg umum dan perlu dilakukan bagi menyokong hujah dan pendapat yg diutarakan.
ü Penulisan sejarah memerlukan fakta yg benar dan sahih.
ü Penulis perlu membuat penilaian dan penganalisaan terhadap sesuatu fakta sebelum memetiknya.
ü Petikan haruslah mengekalkan bentuk asal terutama bahasa, ejaan dan tanda baca.
ü Aspek yg perlu dititikberatkan sblm memetik petikan:
1) Memetik seringkas-ringkasnya
· Petikan diguna sbg pendokong, penegas, perbandingan dan pembahas idea yg hendak disampaikan oleh penulis.
2) Petik perkara yang penting dan perlu sahaja
3) Jangan terlalu banyak memetik
· Menjejaskan kelancaran huraian dan bahasa.
ü Jenis petikan:
1) Petikan secara langsung (Memetik)
· Diambil terus dari bahan bacaan yang dirujuk tanpa membuat apa-apa perubahan ayat atau perkataannya.
2) Petikan secara tidak langsung (Merumus idea/citation)
· Rumusan atau idea yg penulis ilhamkan hasil dari pengamatan dan penelitian serta penilaian terhadap bahan bacaan atau sumber yang telah dibacanya.
Nota Kaki (foot note) & Nota Hujung (end note)
ü Nota kaki: catatan tambahan yg disediakan oleh penulis bagi menyokong dan menunjang maklumat yg dibuatnya.
ü Nota kaki akan berada di bawah setiap muka surat esei ilmiah.
ü Nota hujung: dikumpulkan dan berada di satu muka surat selepas penutup atau kesimpulan esei ilmiah.
ü Kedua-dua ini biasanya dilakukan untuk menggelakkan diri penulis daripada menghuraikan sesuatu perkara dgn panjang lebar dan boleh memesongkan perbincangan asal.
ü Sementara pembaca yang teliti terhadap pembacaannya sering memerhatikan catatan nota kaki bagi memastikan maklumat yang dibaca itu tepat, benar dan boleh dipercayai kesahihannya.
Bibliografi
ü Membantu pembaca mengetahui sumber yg digunakan dlm penulisan.
No comments:
Post a Comment