Thursday, 9 May 2019

SJHK3113 TAJUK 1: PENGENALAN SEJARAH SABAH DAN SARAWAK

PENGENALAN SEJARAH SABAH DAN SARAWAK

Sejarah Awal Kerajaan Sabah dan Sarawak

Raja-raja Brooke di Sarawak (1841-1941)
ü Sarawak adlh sebahagian drp Kesultanan Brunei.
ü Pangiran Indera Mahkota dilantik sbg gabenor di Kuching, tidak disenangi oleh datuk2 Melayu.
ü Ini selanjutnya mencetuskan pemberontakan pada 1836.
ü Pemberontakan dipimpin oleh Pangiran Usop.
ü Sultan Umar Ali Saifuddin menghantar Pangiran Muda Hashim utk mententeramkan keadaan.
ü Brooke pada asalnya dihantar ke Kuching oleh Gabenor George Bonham (S’pore) utk menyampaikan terima kasih kepada Pangiran Muda Hashim atas bantuan yg diberi kpd anak2 kapal Inggeris yg terdampar di pantai Sarawak.
ü Setiba di Sarawak, Pangiran Muda Hashim meminta bantuan Brooke menghapuskan pemberontakan dengan menawarkan daerah Seniawan dan Kuching serta melantik Brooke sebagai pemerintah.
ü Brooke berjaya hapuskan pemberontakan dan memakai gelaran Residen pada Feb 1841 dan bulan Sept menjadi penguasa penuh.
ü Asalnya, Pangiran Muda Hasim melambat2kan pelantikan sehingga Brooke membuat ugutan.
ü Kematian Pangiran Muda Hasim dan kaum keluarganya yg dibunuh oleh kumpulan anti-Inggeri (pimpinan Pangiran Usop) digunakan oleh Brooke utk memaksa Sultan Brunei mengiktiraf kekuasaanya di Sarawak tanpa bayaran tahunan.
ü Brooke juga cuba mengukuhkan kedudukannya dan berjaya memaksa Sultan Brunei menyerahkan Bahagian Ketiga Sarawak kepadanya.

Pentadbiran James Brooke
ü Brooke diisytihrkan sbg Raja dan Gabenor Sarawak pada 24 Nov 1841 oleh Pangiran Muda Hashim.
ü 18 Ogos 1842, Brooke terima surat pelantikan sbg Raja Sarawak oleh Sultan Brunei.
ü Brooke menggunakan pemerintahan berkuasa mutlak.
ü Bagaimanapun beliau tetap memelihara hubungan rapat dgn pembesar2 Melayu.
ü Kedudukan pembesar2 Melayu dikekalkan dan ada yg menjadi penasihat beliau.
ü Brooke membayar gaji kpd pembesar2 Melayu dan menghapuskan kutipan hasil tradisional.
ü Perubahan yg dilakukan oleh Brooke:
1) Memperkenalkan undang2 jenayah dgn pembukaan Mahkamah.
2) Perkenalkan sistem mata wang, ukur dan timbang.
3) Memisahkan petempatan penduduk mengikut ras.
4) Dlm bidang ekonomi, penduduk peribumi dibekalkan dgn pekerjaan tradisi.
5) Ekonomi perdagangan, Brooke menggalakkan kemasukan saudagar2 dan syarikat swasta asing (Syarikat Borneo).

Pentadbiran Charles Brooke
ü Charles memerintah selama hampir 48 tahun.
ü Dilantik menjadi Raja Sarawak kedua pada 3 Ogos 1868, angkat sumpah pada 11 oktober 1868.
ü Tugas utama Charles adalah untuk menyusun pentadbiran dan memastikan kerajaan tidak banyak berhutang seperti zaman bapa saudaranya.
ü Oleh itu beliau memastikan birokrasi tidak besar bagi menjimatkan belanja.
ü Ini sesuai dengan sifat beliau yang tidak boros atau suka berpoya-poya.
ü Charles mengawal ketat pentadbiran dan memastikan pegawai2 menghantar laporan lengkap pentadbiran kepada beliau.
ü Perkhidmatan untuk pegawai-pegawai Eropah agak sukar, gaji sedikit, kemudahan hidup kurang memuaskan dan pegawai-pegawai tidak digalakkan berkahwin.
ü Pegawai2 dikehendaki berkhidmat dalam jangka masa yang panjang sebelum pulang ke Eropah.
ü Walaupun ketat dan ditekan tetapi Raja Charles dihormati oleh pegawai2. 
ü Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian.
ü Setiap bahagian ditadbir oleh seorang residen (org Eropah/Melayu) dengan dibantu oleh penolong residen dan pegawai daerah.
ü Bagi pentadbiran anak negeri, ketua-ketua tempatan orang Melayu, Cina dan Dayak terus dikekalkan.
ü Ketua2 ini dilantik oleh residen.

Syarikat Berpiagam di Sabah (1881-1941)
ü Sabah dibeli oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) daripada Sultan Brunei dan Sultan Sulu.
ü Syarikat Berpiagam membentuk pentadbirannya berasaskan ketetapan yang ditentukan oleh kerajaan British seperti yang termaktub dalam Piagam Diraja 1 November 1881.
ü Kerajaan British membenarkan Syarikat Borneo Utara memperoleh sebarang wilayah baru, tanah atau harta di Borneo atau pulau-pulau berhampiran.
ü Bagaimanapun syarikat tidak dibenarkan memindah milik kepada pihak lain tanpa kebenaran kerajaan British.
ü William Hood Treacher dilantik sebagai Gabenor Borneo Utara yang pertama (1881-1887).
ü Beliau memulakan pembentukan jentera kerajaan pusat secara berperingkat-peringkat.

ü Langkah-langkah diambil menyusun semula institusi2 politik tempatan bagi memudahkan pentadbiran ke atas anak negeri.
ü Kedudukan kewangan syarikat tidaklah begitu teguh.
ü Oleh yang demikian langkah berjimat dan pengurangan kos pentadbiran perlu diambil.
ü Cara yang terbaik ialah menggunakan tenaga dan institusi tempatan.
ü Selain menjimatkan perbelanjaan, kaedah ini juga dapat mengurangkan ketegangan antara syarikat dengan anak negeri.
ü Lebih mudah pemimpin2 tempatan menguruskan soal penduduk kerana mereka mempunyai hubungan budaya yang sama.

No comments:

Post a Comment

white-blue