Thursday, 9 May 2019

SJHK3113 TAJUK 2: PENDUDUKAN JEPUN DI SABAH DAN SARAWAK

PENDUDUKAN JEPUN DI SABAH DAN SARAWAK

Serangan Jepun di Sabah dan Sarawak
Sabah
ü Mula dilancarkan pada 4 Jun 1942. Menawan satu persatu.
· Pulau Labuan dan Beaufort (3 Jan 1942)
· Kota Kinabalu (9 Jan 1942)
· Sandakan (19 Jan 1942)
· Tawan (24 Jan 1942)
· Lahad Datu (27 Jan 1942)
· Kudat (1 Mei 1942)
· Pantai Barat Sabah (Mei 1942)
ü Faktor kejayaan serangan Jepun:
1) Penggunaan basikal
2) Bantuan ketenteraan seperti kapal perang
3) British gagal mempertahankan sabah
4) Askar British tidak ada di sekitar Sabah.
ü Kekejaman pentadbiran tentera Jepun menimbulkan kemarahan rakyat dan pergerakan2 menentang Jepun mula muncul.
ü Sept 1943, Alberk Kwok mengetuai pemberontakan secara gerila terhadap pendudukan Jepun.
ü Mereka telah menyerang kedudukan2 Jepun di Tuaran, Menggatal, Jesselton dan Kota Belud di Pantai Barat Sabah.
ü Walaubagaimanapun pihak tentera Jepun telah dapat mengalahkan penentangan tersebut pada Jan 1944.
ü Pada masa inilah Jepun telah berjaya mengalahkan pihak penentangannya itu dan melakukan pembunuhan beramai-ramai tersebut.
ü Perintah kawad maut Jepun di Sandakan:
· Melibatkan 2345 tahanan perang yang terdiri daripada rakyat Australia dan British.
· Mereka ditangkap oleh Jepun setelah kalah dalam petempuran di Singapura.
· Kawad maut ini bermula dari Kem Tahanan Perang Sandakan ke Ranau.
· Berlangsung selama 3 fasa  
ü Perang Jepun melawan pasukan perikatan (Australia, British, Amerika Syarikat dan New Zealand) telah tamat apabila Amerika menggugurkan bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki pada bulan Ogos 1945.

Sarawak
ü Tentera Jepun menyerang Sarawak ketika Raja Charles Vyner Brooke berada di Australia.
ü Tentera Jepun mula2 mendarat di Miri pada 16 Disember 1941.
ü Walaupun kawasan lombong minyak ditawan, tentera Jepun tidak dapat memperolehi minyak kerana semua mesin dan peralatan telah dimusnahkan oleh tentera British.
ü Selepas itu, Kuching dibom dan ditawan pada 25 Disember 1941.
ü Sibu jatuh ke tangan Jepun pada 27 Disember 1941.

ü Askar2 British cuba melarikan diri ke Kalimantan tetapi ditangkap dan dijadikan orang tawanan perang di batu Lintang.
ü Serangan Jepun ke atas Sarawak menerima hanya sedikit tentangan kerana:
1) Pertahanan Sarawak tidak tersusun. Angkatan tentera kurang bersedia utk berperang.  
2) Sarawak tidak ada pemimpin kerana Charles Vyner Brooke tidak berada di Sarawak pada ketika itu.
3) Tentera Jepun lebih ramai drp tentera British.
4) Penduduk tidak menyangka negeri mereka akan diserang. Mereka tidak memberi tentangan ketika diserang.
ü Penduduk Sarawak menderita semasa pemerintahan Jepun kerana bekalan makanan, ubat dan pakaian amat kekurangan.
ü Ramai penduduk ditawan dan dimasukkan ke dalam penjara.
ü Dengan itu, apabila pihak British menghantar tenteranya mereka dibantu oleh penduduk tempatan.
ü Australia juga menghantar bantuan tentera. Pada 15 Ogos 1945, Jepun menyerah kalah.
Sarawak bebas drp penjajahan Jepun pada 11 Sept 1945.



Sistem Pemerintahan Jepun di Sabah dan Sarawak

Gerakan Penentangan terhadap Jepun di Sabah dan Sarawak
Pasukan Gerila Kinabalu
ü Dipimpin oleh Albert Kwok (Kuching).
ü Merupakan satu pasukan yang terdiri daripada lebih kurang 300 orang daripada pelbagai etnik dan agama Borneo Utara untuk menentang kekejaman tentera Jepun di Borneo Utara.
ü Ditubuhkan sekitar Dis 1942, selang beberapa mnggu slps pendudukan Jepun.



Pemberontakan 10 Oktober 1943
ü Perang yg dilancarkan oleh Gerila Kinabalu ke atas tentera Jepun di Jesselton.
ü Titik tolak drp melalui intipan mereka dikatakan tentera Jepun mempunyai perancangan untuk menangkap lebih kurang 2000 anak tempatan North Borneo.
Anak muda lelaki – buruh
Anak gadis – hamba seks
ü 9 Okt 1943, Gerila Kinabalu menyerang pecan Tuaran dan Menggatal (berjaya menawan balai polis).
ü 10 okt, menyerang melalui persisiran laut, terdapat gudang menyimpan tentera jepun (membakar gudang).
ü North Borneo memohon bantuan ketenteraan dari Kuching. 
ü Jepun telah menggunakan pelbagai taktik untuk menangkap setiap anggota Gerila Kinabalu.
membuat penyiksaan kepada kaum keluarga tidak mengira muda atau tua, lelaki atau wanita yang mempunyai pertalian dengan anggota Gerila Kinabalu.
ü 19 Dis, Gerila Kinabalu berjaya ditangkap.
ü Disebabkan penentangan ini, pusat pemerintahan tentera Jepun pada mulanya beroperasi di Kuching, Sarawak telah dipindahkan ke Jesselton, North Borneo.




Kesan Pendudukan Jepun di Sabah dan Sarawak
Sabah
A) Politik
Ø Sabah diisytiharkan sbg sebahagian drp tanah jajahan Jepun (Nai Nippon)
Ø Pembahagian kwsn pentadbiran (Shiu)
Ø Jepun gabungkan ketiga2 tanah jajahan Brunei, Sarawak dan Sabah dibawah satu entiti dikenali sbg Baruneo Kita dan dibahagikan kpd 5 bahagian.
Ø Dalam setiap Shiu terdapat
Seorang ketua pengarah yg dilantik dan bertanggungjawab kpd Ketua Turus Angkatan Tentera.
Mempunyai Gabenor dan  dibantu oleh Ketua tempatan
Ø Kenchiji yang merupakan Residen Bahagian dan bertugas sebagai perantara Guncho (pegawai daerah) dan Gabenor.
Ø Jawatan Ketua Anak Negeri yang menghubungkan Guncho dengan penduduk kampung
Ø Ketua kampung

B) Ekonomi
Ø Utamakan sektor pertanian.
Ø Memperkenalkan Pelan Pengeluaran 5 Tahun dan menjadikan Sandakan sebagai pusat utama kegiatan ekonomi, pembekal makanan dan merancang pembinaan pelabuhan.
Ø Jesselton turut Jepun jadikan sebagai pusat kegiatan ekonomi.
Ø Sistem kerah iaitu sistem buruh paksa telah menyebabkan masalah buruh di Sabah
Ø Menubuhkan pusat kewangan sendiri atau bank dengn penggunaan mata wang pisang.
Ø Perkenalkan sistem pungutan cukai daripada penduduk2 tempatan.

C) Sosial
Ø Pelajar disuntik dgn smgt yg kuat dari negara asal; sentiasa bersedia berkorban, berdisiplin serta ketahanan diri utk lahirkan pelajar citra Nippon Seishin.
Ø Memansuhkan sekolah2 bernakular dan haramkan BI dan BC, diganti dgn sistem Jepun.
Ø Anti kpd org Cina.

Sarawak
A) Politik
Ø Menubuhkan Majlis Penasihat terdiri pembesar Melayu dan ketua masyarakat Sarawak.
Ø Dari segi kawalan keselamatan di Sarawak pula, pasukan pengawal keselamatan adalah terdiri daripada penduduk tempatan
Ø Mereka berkhidmat sebagai polis rahsia untuk pihak Jepun, iaitu untuk memantau keadaan di Sarawak dan menangkap mana-mana yang disyaki anti-Jepun dan ingin melakukan pemberontakan dan seumpamanya
Ø Kempeitai ialah pasukan polis Jepun yang ditubuhkan untuk menggantikan polis tempatan. Kempeitai sangat ditakuti kerana kekejaman.

B) Ekonomi
Ø Keadaan ekonomi jatuh dan tidak memuaskan
Ø Jepun menjalankan Dasar Tutup Pintu kerana  bimbang campur tangan kuasa Barat yang lain
tahap pengeluaran komoditi sumber-sumber ekonomi utama di Sarawak jatuh merosot seperti petroleum, lada hitam, kayu balak, padi, sagu dan getah
Ø Rakyat hidup menderita apabila perusahaan getah, lada hitam dan sagu ditutup.
Ø Jepun menggalakkan penduduk bercucuk tanam melalui Dasar Mengumpulkan Makanan.
Ø Mata wang pokok pisang.
Ø Pencetakan dan pengedaran wang yang meluas memberi kesan berlakunya inflasi yang mana membawa kepada kejatuhan kepada nilai matawang tersebut

C) Sosial
Ø Menubuhkan kaum ibu
Tujuan:
mengumpul besi yang tidak terpakai dan mengadakan pasar ria untuk memungut wang dan dijadikan hadiah kepada Saldadu Jepun
dikerah untuk mengadakan kumpulan tarian dan nyanyian untuk pertunjukan pentas
dikerah bagi menanam pokok ubi kayu untuk menyara kehidupan
Ø Menerapkan adat jepun
Cth; menundukkan kepada apabila bertemu antara satu sama lain, tanda hormat.
Hari-hari cuti umum dan kelepasan am dilaksanakan berdasarkan cuti jepun.
Jepun hapuskan segala pendidikan barat.

No comments:

Post a Comment

white-blue