B10: IMPLIKASI IMPERIALISME KE ATAS TANAH MELAYU
Konsep Imperialisme
ü Imperialisme: Penjajahan/dasar sesebuah negara menjajah negara/kawasan lain utk meluaskan pengaruh dan wilayah kekuasaannya.
ü Sistem pemerintahan serta hubungan ekonomi dan politik negara2 kaya dan berkuasa, mengawal dan menguasai negara lain yang dianggap mundur dan miskin dengan tujuan mengeksploitasi sumber2 yang ada di negara tersebut untuk menambah kekayaan dan kekuasaan negara penjajahnya.
Faktor2 Kedatangan Penjajah
Ø Memperkembang ekonomi mereka (peroleh bahan mentah > hantar ke kilang > dijual kembali di negara jajahan)
Ø Kuasai sumber mentah.
Ø Kuasai pentadbiran tempatan.
Ø Keududkan geografi di Tanah Melayu yg strategik.
Ø Pergolakan politik di Tanah Melayu > campur tgn British dlm politik tempatan.
Kesan Imperialisme ke atas Tanah Melayu dari aspek:
Politik
ü Kuasa raja dan sultan Melayu dikurangkan.
- Terhad berkaitan agama Islam dan adat tradisional shja.
ü Penerimaan Residen dan Penasihat British.
ü Negeri2 Melayu dipecahkan kpd 4 sistem sosiopolitik:
1) Negeri2 Selat
· Melaka, Singapura, Pulau Pinang
2) Negeri2 Melayu Bersekutu
· Perak, Selangor, N9, Pahang)
3) Negeri2 Melayu Tidak Bersekutu
· Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu)
4) Negeri2 Borneo
ü Sistem pentadbiran birokrasi
· Penubuhan pelbagai jabatan (Jabatan Tanah, Jabatan Ukur, Jabatan Buru, Jabatan Imigresen).
ü Wujud pemusatan kuasa yg tertumpu kpd kerajaan pusat di Kuala Lumpur dbwh Residen Jeneral.
Ekonomi
ü Ekonomi sara diri > komersial
ü Ekonomi sara diri: bertani hanya utk kehidupan seharian
ü Komersial: utk dieksport
ü Wujudnya Pluralisme ekonomi: pembahagian dan identifikasi pekerjaan mengikut kaum berasaskan bangsa tertentu lebih unggul dalam bidang tertentu drp bangsa lain.
Sosial
ü Imigrasi
- Membawa masuk buruh luar utk mengusahkan aktiviti perlombongan (org Cina) dan peladangan di ladang getah (org India).
ü Kewujudan masyarakat majmuk
- Disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh British.
- Tidak wujud perpaduan kaum – kaum pendatang dibiarkan utk mengekalkan identity dan budaya masing2.
- Tidak digalakkan mengadakan hubungan dgn org Melayu.
Pendidikan
ü Sebelum campur tangan British
- Berkonsepkan pendidikan tradisional
- Sekolah pondok dan madrasah.
- Menekankan pendidikan Islam.
· Belajar perkataan Arab, faham al-Quran, hukum-hakam agama dan kemahiran 3M
- Pendidikan rasmi kanak2 bermula semasa umur 6 tahun di kelas Quran.
· Diajar cara2 bersopan, membaca doa, mengaji al-Quran.
ü Selepas campur tangan British
- Sistem pendidikan Sekolah Vernakular Melayu
· Peringkat asas sahaja
· Tumpuan; 3M, kegiatan amali di kebun (kaji asas pertanian), jaga kebersihan dan tepati masa.
- Sistem Pendidikan Inggeris
· 2 Jenis;
a) Sekolah free school
b) Sekolah Inggeris separa bantuan (mubaligh Kristian dan bantuan kerajaan)
· Tujuan; sediakan pendidikan umum serta perbaiki akhlak berdasarkan ajaran Kristian.
- Sistem Pendidikan Sekolah Cina
· Ditubuhkan dan dibiayai oleh masyarakat Cina.
· Kurikulum berdasarkan pendidikan Cina:
1) Peringkat asas
> hafal buku2 falsafah agama
> menulis pelbagai huruf bahasa Cina
2) Peringkat kedua
> Terjemah buku dlm bahasa pertuturan
> pelajaran mengarang
3) Peringkat ketiga
> pelajaran surat-menyurat
> mengarang cerita
> menghafal secara kuat
> membaca secara kuat
· Bagi elakkan penentangan kaum Cina, British;
> Peruntukan kpd sekolah Cina
> Tmpt percuma di Sek Inggeris bg murid Cina yg terpilih.
- Sistem Pendidikan Sekolah Tamil
· Masyarakat India tidak mempunyai kemampuan membina sekolah (tidak seperti org Cina).
· Peruntukan drp kerajaan British.
· Kod Buruh:
> setiap ladang wajib sediakan sek dan guru jika terdapat 10 org kanak2 pada umur perssekolahan.
ü Ciri sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum merdeka:
1) Setiap sekolah khusus utk sesebuah kaum
2) Setiap sekolah menggunakan bahasa ibunda
3) Sekolah terpisah mengikut kedudukan geografi
4) Kurikulum sekolah tidak sama, mempunyai kurikulum sendiri.
# Dasar imperialisme British tidak berusaha memajukan pendidikan Melayu.
# Tidak mahu melihat masyarakat Melayu membangun melalui pendidikan.
No comments:
Post a Comment