Thursday, 9 May 2019

SJHK3123 TAJUK 1:PERADABAN AWAL EROPAH

B1: PERADABAN AWAL EROPAH

Kedudukan Eropah dalam Peta Dunia
ü Bermula dgn wujudnya tamadun Aegean, persekitaran dikelilingi Laut Aegean.
ü Mempunyai 2 peringkat perkembangan:
1) Tahap Pertama – Minoan
2) Tahap Kedua - Mycenaean

Sejarah Yunani dan Rom
Yunani
ü Berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitamya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean.
ü Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau polis.
ü Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada sekitar tahun 1000 - 800 S.M.
ü Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil. dan istana.
ü Cth Negara; Athens, Sparta, Corinth.
ü Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang2 sendiri.



Rom
ü Terbentuk di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium. 
ü Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin.
ü Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi penting. 
ü Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.
ü Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom. 
ü Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar. 
ü Pada zaman kegemilangan Rom (Keamanan Rom/Pax Ramona) – meluaskan jajahan meliputi Asia, Afrika dan Eropah.

Peluasan Kuasa dan Pembinaan Empayar
Yunani
ü Bermula sejak tahun 800 S.M.
ü Dimulakan oleh Philip II dari Macedonia, menyatukan semua bahagian Yunani menjadi sebuah negara.
ü Usaha ini diteruskan oleh anak beliau, Alexander the Great (Jeneral terkenal dlm sejarah dunia).
ü Berjaya kuasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand (Seluruh kwsn Laut Mediterranean).
ü Penyebaran Kebudayaan Hellinistik – campuran kebudayaan Yunani, Parsi dan kebudayaan timur yag lain.
Syracuse, Iskandar & Antioch (tmpt yg menerima kebudayaan ini)
ü Kegemilangan Yunani tamat apabila kematian Alexander – bermulanya kemunculan Rom.

Rom
ü Bermula pada tahun 27 S.M., pemerintahan Augustus Caesar.
Pengasas empayar Rom
Anak saudara Julius Caesar.
Pemerintahan Diktator
ü Berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony, bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleoparta dalam peperangan Actium 31 S.M.
ü Mewajibkan sistem pemerintahan warisan.
ü Berjaya membentuk empayar meliputi 3 benua; Asia, Afrika & Eropah.
ü Dikenali sbg Pax Romana – Keamanan Rom.

Kesusasteraan, Kesenian dan Seni Bina
Kesusasteraan
ü Yunani:
Bermula - hasil sastera oleh Homer yang berjaya dengan penulisan epik tekenalnya.
Contoh:
Illiad > kisah perang Trojan; antara Yunani dgn Troy (Turki).
Odyssey > Pengembaraan Osysseus slps peperangan dgn orang Troy tamat.

Kesenian

Seni Bina
ü Yunani:
Acropolis (pusat pentadbiran Athens, trdpt rumah berhala & teater)
Parthenon
· Rumah berhala utk Dewi Athena
· Dibina pada zaman Pericles utk mengingati kejayaan membebaskan diri drp kuasa Persia.
· Tempat memuja, menyimpan patung dewa dan jalankan kerja awam.
ü Rom:
Aqueduct (saluran air yg membekalkan air ke Rom).
Coliseum (dibina oleh Maharaja Flavian sbg tmpt pahlawan Rom bertarung).
· Juga berfungsi sbg teater.

Sistem Sosial dan Ekonomi
Susun Lapis Masyarakat
ü Yunani
Athens (bhgi kpd 3 kump)
1) Warganegara – ada hak dlm politik negara kota
2) Penduduk bukan warganegara – tidak mempunyai hak dalam politik.
3) Golongan hamba – tidak mempunyai hak dalam politik.
Sparta:
1) Warganegara Sparta tulen
2) Para pekerja, artisan dan pedagang
3) Helot – mengusahakan tanah (majoriti)

ü Rom:
Warganegara Rom – mereka terdiri daripada Rom
Bukan warganegara – penduduk yg ditakluki
Golongan Hamba

Pertanian dan Perdagangan
Yunani
ü Bentuk muka buminya bergunung-ganang dan berpulau
ü Hanya sebahagian kecil kawasan muka buminya boleh diusahakan dengan pertanian
ü Kawasan dataran sempit, tanaman jagung,anggur dan zaitun diusahakan. 
ü Di lereng-lereng bukit, kegiatan menternak kambing dan biri-biri dijalankan.
ü Semua negara Kota subur kecuali Sparta sebab muka bumi tidak subur gunung-ganang
ü Athens merupakan negara kota yang mengutamakan perdagangan dan perindustrian






Rom
Sistem Ekonomi Sara Diri
Penduduk awal Republik Rom mengusahakan tanaman demi keperluan sendiri.
Sistem Ekonomi Komersil
Hasil tanaman mereka telah meningkat dan mengalami kelebihan.
Mereka mengambil hasil lebihan ini untuk menukar barang lain seperti besi, zaitun dan sebagainya dengan negara jiran mereka.
Sistem Ekonomi Perdagangan
Berlaku zaman Augustus, kegiatan perdagangan bebas di antara Laut Hitam dan Sepanyol baru digalakkan.
Selain itu, mata wang yang sama, undang-undang yang sama juga menggalakkan lagi perdagangan.
Sistem pengangkutan yang baik pula membolehkan barangan dibawa dengan senang.
Sistem Ekonomi Kapitalisme
Dasar ekonomi di Rom bersifat laissez-faire atau memberi kebebasan untuk saudagar menjalankan kegiatan perdagangan.
Kerajaan hanya mengambil langkah menyusun semula sistem mata wang kepada emas, perak dan logam.
Selain itu, cukai juga dikenakan dengan tujuan membiayai perbelanjaan penubuhan angkatan tentera bagi melawan lanun.

No comments:

Post a Comment

white-blue