B2: ZAMAN GELAP
Pengertian
ü Zaman semasa Eropah mengalami zaman mundur dan merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan yg bermula slps kejatuhan Empayar Rom.
ü Zaman yg tidak memberikan cahaya harapan kepada bakat, usaha, kemahuan dan nilai2 individu utk berkembang mengikut landasan yg dpt mendatangkan manfaat.
Ciri-ciri Zaman Gelap
Politik
- Amalkan sistem feudalisme
- Feudalisme bermaksud hubungan peribadi antara lord (tuan besar tanah) dan vassal (pemegang tanah yang disyaratkan memberi taat kpd pemilik tanah) yang berasaskan kontrak yang mengikat parti-parti tersebut.
- Raja mempunyai kuasa tertinggi diikiuti oleh count, lord, manor dan serf.
- Gereja berkuasa atas pelantikan raja dan ahli-ahli gereja.
1) Keruntuhan Empayar Rom Barat
- Faktor kejatuhan:
· Perluasan empayar melampau batas dan kemampuan oleh maharaja2 yg memberi kewarganegaraan yg mudah kpd orang asing
· Tidak memerintah secara efektif di semua kawasan
· Warganegara tiada semangat “Roman”
· Pada saat akhir, raja memerintah secara mutlak dan tegas
2) Keadaan Politik tidak Stabil
- Ketiadaan sistem penggantian maharaja menyebabkan berlaku perbalahan antara pesaing takhta.
- Perubahan dalam sistem pentadbiran yang diamalkan iaitu demokrasi tetapi sitem ini tidak sesuai utk empayar besar dan membuka kpd despotisme (pemerintahan mutlak)
- Kemerosotan perdagangan kerana wujud masalah perlanunan.
- Golongan kaya mengelak membayar cukai
- Serangan orang gasar
3) Rakyat Tertindas
- Raja memerintah secara mutlak dan mengawal pentadbiran daerah-daerah dengan tegas
· Contoh zaman maharaja septinius severus, elagalabus dan severus alaxender
- Rakyat kehilangan pekerjaan di kawasan perdagangan disebabkan terlalu fokus kpd tanah.
- Kadar cukai yang tinggi dan tidak adil disebabkan peperangan berlaku dan untuk biayai tentera serta pengaliran wang tidak seimbang
Ekonomi
1) Kegiatan Ekonomi tidak Seimbang
- Ekonomi eropah tidak berkembang.
- Kegiatan perdagangan tidak meluas.
- Perdagangan di perairan pantai barat dan utara sering diganggu oleh org gasar seperti Viking & Magyar.
- Kwsn Mediterranean dikuasai oleh orang Islam, orang Eropah tidak dapat berdagang ke Timur Jauh.
- Orang Eropah tidak menyaingi penguasaan orang islam, mereka terpaksa menumpukan perhatian dalam sektor pertanian.
- Perniagaan barangan pertanian dijalankan melalui sistem barter kerana penggunaan mata wang amat terhad.
2) Penggunaan mata wang terhad
- Kerajaan kekurangan wang utk membiayai ketenteraan dan perkhidmatan awam.
- Kadar cukai yg tinggi dikenakan oleh pemerintah.
- Cukai yg tinggi dan ekonomi yg meleset menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk.
Sosial
Kongkongan Gereja
- Kedudukan gereja semakin kukuh dan kuat.
- Akibat daripada keadaan politik yang tidak stabil serta ekonomi yang lembap, agama kristian telah berjaya memperluaskan pengaruhnya.
- Menjelang kurun ke-11, gereja kristian telah mempunyai kawasan tanah yang luas lalu menjadi menjadi institusi yang paling pengaruh di Eropah.
- Para rahib kristian telah memainkan peranan penting dalam menyediakan Kemudahan biara-biara.
- Mereka juga memberikan bantuan kepada golongan meskin serta rawatan berubatan kepada yang sakit.
- Aktiviti mereka juga secara umumnya tertumpu kepada aspek kerohanian dan persediaan untuk akhirat.
Dengan cara ini, secara tidak langsung mereka dapat berkuasa, menguasai rakyat, serta kehidupan masyarakat.
No comments:
Post a Comment