B3: FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
VERSI 1
Perkhidmatan Sokongan
Peralatan
ü Peralatan bantuan yg digunakan melibatkan teknologi bantuan.
ü Kategori teknologi bantuan:
1) Tek bantuan berteknologi tinggi
- Alatan elektronik, kerusi roda elektrik
2) Tek bantuan berteknologi rendah
- Pemegang alat tulis, Velcro, tongkat putih, alat sokongan duduk
Infrastruktur
ü Perancah yg dibina utk mudahkan suatu fungsi dan mesti dikekalkan – merujuk di sekolah.
ü Tujuan utk tingkatkan enrolmen MBK ke arus perdana
ü Aspek penyediaan infrastruktur:
1) Aspek fizikal sekolah
2) Aspek fizikal kelas
Masyarakat
ü Perlukan ahli masyarakat bersikap terbuka, memahami dan menerima kehadiran kanak2 berkeperluan khas, aktif beri sumbangan pemikiran dan tenaga.
ü Bersedia ambil bahagian dlm program2 yg diwujudkan.
Personel
ü Merujuk kpd individu yg berada dekat dgn MBK ketika mereka di sekolah.
ü Org yg sering kelihatan dlm persekitaran MBK.
ü Antaranya; pembantu murid, sukarelawan, pemandu bas, kerani sekolah, murid tipikal, guru pelatih, pekerja kantin dsb.
ü Peranan adalah utk tanam keyakinan MBK utk berinteraksi dan bersosial dgn persekitaran arus perdana.
Kolaboratif Khidmat Sokongan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan
ü Kerjasama antara dua pihak atau lebih.
ü Wujudnya kerjasama pintar antara KPM dan badan2 kerajaan atau bukan kerajaan utk majukan PPI.
Kerjasama pintar dgn badan2 kerajaan
1) Bahagian pendidikan khas
2) Bahagian pembangunan kurikulum
3) Bahagian pendidikan guru
4) Lembaga peperiksaan
5) IPG
Kerjasama pintar dgn badan2 bukan kerajaan
1) Persatuan kebangsaan autistic Malaysia (NASOM)
2) Kiwanis down syndrome foundation (KDSF)
3) Malaysian association for the blind (MAB)
4) Persatuan kanak2 spastik
5) Malaysian care
6) CareHeart
VERSI 2
Perkhidmatan sokongan
- Perkhidmatan yang diberikan kepada golongan berkeperluan khas oleh sekumpulan individu / agensi yang mempunyai kepakaran tertentu.
- Untuk mengurangkan impak kesukaran di persekitaran pembelajaran MBK
- Usaha menyediakan perkhidmatan berkualiti yang berprinsipkan konsep inklusif, menggalakkan kerjasama & kolaboratif agensi pelbagai disiplin, dan menyediakan kemudahan yang boleh diakses oleh semua warga di sesebuah sekolah / organisasi demi kepentingan bersama.
- Memastikan MBK diberikan peluang yang sama rata dalam persekitaran yang menyediakan rangsangan yang maksimum dan sesuai dengan keperluan MBK.
1. Peralatan
a) Masalah penglihatan
- Mesin braille
- Kanta pembesar
b) Kurang upaya fizikal (bertutur dan menulis)
- Sistem Augmentative & Alternative Communication (ACC)
- Kerusi roda (fizikal)
c) Masalah pendengaran
- Alat bantu pendengaran
d) MBK
- BBM (TMK, perisian, bahan manipulatif, peralatan main luar, peralatan audio-visual)
e) Peralatan asas (meja, kerusi, almari)
- Pengubahsuaian dan penyediaan
2. Infrastruktur
- Kemudahan-kemudahan asas & perkhidmatan sokongan yang menggalakkan penglibatan aktif MBK dalam persekitaran sekolah
a. Kemudahan
- Susur lantai (ramp)
- Susur tangan (railing)
- Tandas OKU
- Longkang bertutup
b. Bilik darjah
- Susun atur perabot kelas
- Stesen-stesen pembelajaran
- Guru dan murid boleh bergerak tanpa halangan
- Guru dapat tumpu perhatian kepada semua murid
- Dapat laksana aktiviti Pdp dengan lebih terancang dan bermakna
- Kedudukan kelas di aras bawah jika mempunyai murid yang berkerusi roda.
c. Khidmat sokongan
- Intervensi
- Terapi
- Rehabilitasi
- Pegawai bertugas untuk membantu murid supaya mengadaptasikan diri di sekolah
- Menyediakan kerusi roda di sekolah (jika perlu)
- Beri khidmat nasihat kepada pihak pentadbir , guru, ibu bapa, masyarakat setempat
- Beri cadangan keperluan peralatan khusus (agar MBK mengikuti aktiviti Pdp ser optimum)
3. Masyarakat
- Masyarakat sekolah yang terlibat secara langsung dan masyarakat setempat yang terlibat secara tidak langsung.
a. Ibu bapa
- Tanggapan negatif (kebolehan dan keupayaan)
- Tidak dapat terima MBK sebagai salah seorang anggota masyarakat biasa
- Tidak berusaha membantu menangani masalah dan akan lebih serius.
- Seharusnya mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat dan kemahiran khusus untuk melengkapkan diri dengan cara terbaik agar MBK berdikari dan menyesuaikan diri dengan persekitaran kehidupan seharian.
- Perlu libat diri & kerjasama dengan warga sekolah dan komuniti setempat (boleh mewujudkan budaya sekolah yang menyokong persekitaran pemb. Inklusif, pihak sekolah dapat berfungsi dengan lebih yakin dan berkesan)
b. Guru
- Sikap guru dan tanggapan positif akan mempengaruhi kejayaan PPI
- Menyesuaikan pengajaran dalam kelas inklusif (menghargai perbezaan individu)
- Rancang Pdp yang focus kepada kekuatan dan keperluan individu dan potensi murid
- Dapat mempengaruhi kesediaan murid biasa untuk menyesuaikan diri dengan MBK
c. Pihak pentadbir
- Menyediakan ruand dan peluang untuk masyarakat setempat dan warga sekolah mengadakan aktiviti-aktiviti yang selaras dengan matlamat PPI dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan inklusif.
- Contoh: gotong-royong (tutup longkang demi keselamatan MBK)
: perkhidmatan komuniti (lawatan ke sekolah dalam hospital
: ceramah pendidikan inklusif
: perkhemahan yang melibatkan ibu bapa dan murid
4. Personel
- Sokongan professional daripada personel pelbagai disiplin yang berpengetahuan tentang MBK
- Dapat mewujudkan perkongsian maklumat, pengetahuan dan kemahiran antara sekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan potensi MBK
a. Pakar perkhidmatan bahasa dan pertuturan
- Kaji pertuturan dan perkembangan bahasa kanak-kanak
- Bantu murid sumbing, gagap, masalah artikulasi dan pertuturan
- Menyediakan intervensi yang paling sesuai
b. Pakar audiologi (masalah pendengaran)
- Beri diagnosis alat pendengaran yang paling sesuai
c. Pakar pediatrik
- Melakukan diagnostic awal untuk mengesan punca masalah keperluan khas. (SMS kelahiran, persekitaran, genetic)
- Perkongsian maklumat dengan guru agar dapat menentukan pelan Pdp paling sesuai
d. Jurupulih kerja
- Menentukan perkhidmatan pendidikan dan terapi yang paling sesuai (meningkatkan kemahiran urus diri dan motor halus)
e. Juruterapi fizikal (fisioterapi)
- Membaik pulih kemahiran urus diri dan motor kasar
f. Kaunselor dan pakar psikologi
- Bantu mengatasi rasa rendah diri dan terpinggir
g. Kakitangan sosial
- Memberi nasihat kerjaya kepada MBK
- Menjadi personel perantaraan (menghubung dengan personel pelbagai disiplin dan agensi-agensi yang boleh menguruskan keperluan spesifik)
h. Guru pendidikan khas dan biasa
- Bantu menjayakan PPI
- Bekerjasama dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. (guru biasa & guru pendidikan khas)
- Untuk menjamin kualiti perancangan dan pelaksanaan aktiviti Pdp di kelas inklusif.
Kolaborasi dan khidmat sokongan
1. Badan kerajaan
a. KPM
- Merancang, mengurus, melaksanakan program pendidikan
- Melalui jabatan pendidikan khas
- Melatih guru-guru pelatih dan guru di sekolah
- Lembaga peperiksaan (urus pentaksiran MBK)
b. KKM
- Menyediakan program imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak berkeperluan khas
- Melakukan dan merancang program intervensi awal yang sesuai
- Memberi perkhidmatan sokongan yang lain
c. Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
- Urus pendaftaran warganegara berkeperluan khas
- Kolaborasi dengan kementerian lain
- Menyelaras keperluan kemudahan individu berkeperluan khas
- Bertanggungjawab terhadap program pemulihan dalam komuniti yang menawarkan intervensi awal, rehabilitasi dan pendidikan
- Pemberian elaun individu berkeperluan khas
- Pemberian geran penubuhan-penubuhan sukarela dan alat anggota palsu
- Melaksanakan sukan untuk individu / golongan berkeperluan khas
2. Badan bukan kerajaan (NGO)
a. Yayasan Kiwanis sindrom down
- Melatih murid-murid sindrom down untuk menguasai kemahiran hidup dan mendapat pendidikan asas.
- Bantu ibu bapa sindrom down untuk menangani cabaran yang dihadapi melalui perbincangan kelompok dan aktiviti-aktiviti secara berterusan
b. Persatuan kebangsaan autism Malaysia (NASOM)
- Memerhati dan melindungi kanak-kanak autism
- Mengesan masalah autism
- Program intervensi yang sesuai
- Perkhidmatan bantuan dan nasihat asuhan kepada ibu bapa
- Sebaran maklumat dan khidmat sokongan (untuk mendedahkan masyarakat dengan maklumat yang betul)
c. Pertubuhan pembangunan orang buta Malaysia (PPOBM)
- Aktiviti mengesan dan merancang intervensi awal untuk membantu kanak-kanak bermasalah penglihatan
- Khidmat nasihat dan bimbingan untuk ibu bapa / ahli keluarga
d. Cleft lip dan Palate Association of Malaysia (CLAPAM)
- Memberi perkhidmatan sokongan kepada ibu bapa
- Menganjurkan program terapi pertuturan bagi murid sumbing bibir dan lelangit.
No comments:
Post a Comment