Wednesday, 15 May 2019

SJHK3132 T4

B4: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DALAM PELAKSANAAN PPI

VERSI 1

Pentadbir Sekolah
ü Guru Besar
· Merancang dan melaksanakan Latihan Dalam Pekhidmatan (LDP) berkaitan PPI untuk semua guru dan staf sokongan agar dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai PPI secara teori dan praktikal.
ü Guru Penolong Kanan
· Bantu dalam melaksanakan tugas-tugas GB untuk melaksanakan dan mencapai matlamat yang dirancang.
· Menyelaraskan permohonan Elaun Murid Khas (EMK).
Guru Arus Perdana
ü Terdiri daripada:
· Guru mata pelajaran, guru bimbingan dan kaunseling, guru disiplin dan guru pemulihan khas.
ü Mempunyai tugas dan peranan masing-masing mengikut jawatan yang dipegang.
ü Guru Arus Perdana akan bekerjasama dengan guru pendidikan khas dalam melaksanakan proses PdPc dan menjaga kebajikan murid-murid MBK

Guru Resos/Pendamping
ü Guru resos – utk prog murid kurang upaya penglihatan
ü Guru pendamping – utk prog murid masalah pembljrn
ü Berada di bilik khas (bilik resos)


Guru Pendidikan Khas
ü Mengklasifikasikan MBK dan dikumpulkan di PPI.  
ü Membimbing dan membantu MBK semasa proses PdPc.
ü Perangkaan dan penyediaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) MBK hasil daripada perbincangan bersama guru mata pelajaran.
ü Bantu guru dalam kelas arus perdana berkaitan dengan perkembangan setiap murid sebelum menghasilkan RPI untuk seseorang murid itu

Murid dan Ibu Bapa
Murid
ü Rujuk kpd murid tipikal
ü Berperanan pastikan rakan MBK tidak dipinggirkan dari aspek sosial dan akademik.
ü Bertindak sbg rakan pembimbing.

Ibu Bapa
ü Perlu beri kebenaran bertulis kpd Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah (JPPKS) bg bolehan anaknya ikuti PPI.
ü Bina hubungan positif dgn pihak sekolah utk wujudkan ruang formal interaksi antara ibu bapa dan guru2.
ü Peranan ibu bapa dan ahli keluarga (intervensi berasaskan rumah):
1) Beri galakan dan peneguhan
Ibu bapa perlu peka dgn perkembangan murid
Beri sokongan moral dan motivasi
2) Beri sokongan pengajaran dan pembelajaran
Bantuan kerja rumah
Buat ulang kaji di rumah
3) Beri sokongan kerja rumah
MBK ada masalah ingat arahan yg diberi guru.
Ibu bapa perlu berhubung sentiasa dgn guru
Sediakan buku tugasan atau kad laporan
Bantuan sediakan bbm

Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan
Badan Kerajaan
1) KPM
2) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
3) Kementerian Kesiahan Malaysia (KKM)

Badan Kerajaan
ü Peranan:
· Kendali penyelidikan tindakan utk kenal pasti tek atau kaedah baharu
· Kendali program pemantauan PPI
· Beri motivasi dan khidmat nasihat kpd institusi2 tek di seluruh negara utk jalankan aktiviti penyelidikan.
· Adakan kempen kesedaran secara besar-besaran

Isu dan Cabaran dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif
Isu Murid
ü Penyertaan semua murid
· Bersifat selektif (pilih kasih)

ü Advokasi kendiri
· Rujuk kpd keupayaan seseorg utk fahami kekuatan dan keperluan diri sendiri, kenal pasti mtlmt diri.

ü Pengkategorian MBK
· Merupakan satu entuk pelabelan yg tidak sihat.
· Tonjolkan kelemahan kanak2

Isu Pentadbir dan Guru
ü Sikap guru sekolah
· Bimbang keupayaan diri utk kendali kelas.

ü Sikap pentadbir
· Terlalu jaga prestasi
· Terlalu mendesak

ü Isu kesediaan guru
· Kurang pengetahuan dan ilmu pedaogi.

ü Ketidakselarasan tafsiran pendidikan inklusif
· Terdapat bnyk interpretasi > kekeliruan

Isu Ibu Bapa
ü Kerjasama guru – ibu bapa
· Ibu bapa kurang beri kerjasama

ü Advokasi ibu bapa
· Ibu bapa tidak dpt maklumat yg cukup ttg PPI

Isu Masyarakat
ü Urusan kemasukan MBK ke PPI susah sbb perlukan kad OKU (proses rumit utk dapatkan)

Isu Prasarana dan Peralatan
ü Halangan prasarana
ü Halangan peralatan 

VERSI 2

Peranan dan tanggungjawab dalam pelaksanaan program pendidikan inklusif
1. Pentadbir sekolah (guru besar / pengetua)

a. Membentuk visi kejayaan akademik untuk semua murid
Jangkaan yang tinggi akan merapatkan jurang antara semua pelajar

b. Mewujudkan iklim yang mesra kepada pendidikan
Persekitaran sekolah yang sihat seperti pentingkan peraturan dan keselamatan, sikap menyokong dan responsif (kanak-kanak dan pandangan guru)
Bentuk komuniti professional (guru bimbing antara satu sama lain)

c. Memupuk kepimpinan dalam diri individu lain
Menggesa guru-guru untuk bekerjasama antara satu sama lain
Merancang pelbagai aktiviti (pembangunan dan penyelarasan kurikulum, amalan instruksional, pentaksiran, pemerhatian rakan sekerja)
Galak kolaborasi
Mengkaji penggunaan masa

d. Menambah baik pengajaran
Menfokuskan kualiti pengajaran
Membantu dalam mendefinisi dan mempromosi ekspektasi
Menggalakkan pembelajaran professional yang berterusan
Mencetus perbincangan tentang pendekatan instruksional
Memantau dan merekod keperluan perkembangan professional guru-guru
Memantau kerja guru di bilik darjah
Penilaian terhadap guru-guru (yang berbentuk interaksi berterusan dan tidak formal)

e. Mengurus manusia, data dan proses
Menggunakan sumber dengan baik
Menjaga dan menyokong kakitangan
Menggunakan statistik dan eviden dengan sepenuhnya untuk melihat masalah dan memahami keadaan serta sebab-sebab masalah timbul
6 langkah menjalankan tanggungjawab: i. merancang
                        ii. mengimplimentasi
                        iii. menyokong
                        iv. advokasi
                v. berhubung/berkomunikasi
               vi. memantau

2. Guru arus perdana

a. Guru mata pelajaran
Terima dan melaksanakan Pdp bagi MBK
Kerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan MBK
Melaporkan perkembangan dan pencapaian akademik MBK
Bincang dengan guru pendidikan khas untuk meningkatkan Pdp MBK

b. Guru bimbingan dan kaunseling
Beri bimbingan dan kaunseling kepada ibu bapa dan MBK
Sedia laporan tentang khidmat kaunseling MBK jika perlu
Kerjasama dengan guru pendidikan khas berkaitan dengan masalah tingkah laku MBK

c. Guru disiplin
Menyediakan laporan berkait dengan disiplin MBK
Bantu pentadbir melancarkan pelaksanaan PPI
Kerjasama dengan guru pendidikan khas berkaitan dengan masalah tingkah laku MBK



d. Guru pemulihan khas
Kenalpasti MBK di bilik darjah arus perdana dan kelas pemulihan khas untuk ditempatkan dalam PPI
Kerjasama dengan guru pendidikan khas untuk melaksanakan PPI

3. Guru pendamping / resos
Boleh dipegang oleh guru pendidikan khas

4. Guru pendidikan khas
Mengenal pasti MBK di kelas arus perdana dan PPKI untuk ditempatkan dalam PPI
Berperanan sebagai guru pendamping: i. bimbing MBK semasa Pdp
                    ii. bantu menyediakan RPI (rancangan pelajaran individu) MBK melalui perbincangan dengan guru matapelajaran
                    iii. kerjasama dengan guru arus perdana (perkembangan MBK)
Berperanan sebagai guru resos:
a. Menyediakan BBM yang bersesuaian
b. Bantu guru sms Pdp
c. Bekal maklumat kepada guru matapelajaran tentang MBK dan program
d. Bincang dengan guru matapelajaran tentang akomodasi, strategi, modifikasi dan hasil program
e. Kolaborasi dengan guru biasa

5. Murid dan ibu bapa
Teori pembelajaran Albert Bandura (pembelajaran berlaku melalui pemerhatian, modelling dan peniruan)
a. MBK akan mengajuk, memerhati rakan-rakan lain
b. Interaksi dengan rakan sebaya
Pembelajaran koperatif (interaksi sosial dan pengalaman aktif dalam pembelajaran membantu murid membekalkan pengetahuan antara satu sama lain)
a. MBK akan mempelajari kemahiran komunikasi
b. Dapat bina kemahiran mendengar dan berkomunikasi secara efektif
Scaffolding (Lev Vygotsky) (murid belajar apabila dibimbing oleh orang yang lebih mahir)
a. MBK boleh belajar dengan lebih efektif dengan bantuan rakan-rakan (peer tutoring)

6. Badan kerajaan dan badan bukan kerajaan
KPM, Bahagian Pendidikan Khas sediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid yang tidak berkeupayaan penglihatan, pendengaran dan masalah pemb.
PPPM 2013-2025 (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia), strategi
a. Tambah jumlah sekolah pendidikan khas
b. Tambah PPKI di sekolah rendah dan menengan di seluruh malaysia
c. Bekalkan kurikulum alternatif
d. Bekalkan guru-guru pakar
e. Implimentasi pendekatan sesuai untuk MBK
f. Pentaksiran altenatif disediakan sejajar dengan kurikulum alternative
KPM wujudkan perkongsian pintar dengan bekerjasama dengan agensi dan badan-badan yang membekalkan kemudahan pendidikan dan kepakaran untuk perkembangan pendidikan yang berkualiti.
KPM juga membiayai kos untuk mengadakan seminar dan kursus untuk guru, ibu bapa dan murid

b. Badan bukan kerajaan

i. Ketidakupayaan pendengaran
The Malaysian Federation of the Deaf
The National Society of the Deaf
The state level society of the Deaf

ii. Ketidakupayaan penglihatan
National Council for the Blind Malaysia
The Malaysian Association for the Blind (MAB)

iii. Masalah pembelajaran
The Down Syndrome Association of Malaysia
The National Council for the Association of Spastic Children Malaysia
National Autistic Society Malaysia (NASOM)
The Dyslexia Association of Malaysia

iv. Program Outreach
Program tahunan
Kolaboratif antara KPM, bahagian pendidikan khas, NGO, badan berkuasa tempatan dan komuniti setempat.
Untuk mengenal pasti , menapis, mendiagnos kanak-kanak berkeperluan khas
Untuk mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan khas bagi membekalkan pendidikan yang sewajarnya
Meningkatkan kesedaran awam tentang program-program pendidikan khas supaya ibu bapa boleh mendapat nasihat dan resos daripada pakar-pakar tertentu

v. Japan overseas Cooperation Volunteers (JOCV)
Kerjasama antara KPM
Memberikan LDP (latihan dalam perkhidmatan) kepada guru-guru pendidikan khas
Memperkenalkan teknik-teknik dan pengalaman terbaharu dalam Pdp pendidikan khas
Sebagai fasilitator kursus dan bengkel pendidikan khas 

No comments:

Post a Comment

white-blue