PEDAGOGI INKLUSIF
- Cara pengajaran yang mengambil kira amalan dan stail pembelajaran dinamik, kandungan pelbagai budaya dan cara pentaksiran dengan bermatlamat mempromosi kejayaan akademik murid serta kesejahteraan sosial, budaya dan fizikal
- Guru perlu menggunakan strategi yang sesuai dengan tujuan pengajaran dan mengadaptasikan strategi-strategi ini berdasarkan pengetahuan berkenaan MBK
- Suatu proses yang muridnya sentiasa terlibat secara aktif dengan bahan pembelajaran sambil menggunakan pengalaman mereka
- Merujuk kepada kaedah, pendekatan, bentuk dan prinsip pengajaran yang meningkatkan nilai penglibatan murid
- Guru perlu mempelbagaikan pengajaran mereka mengikut keperluan murid
a. Cubing
- Membantu murid melihat sesuatu fenomena daripada perspektif yang berlainan
b. Differentiated teaching
- Melibatkan bahan Pdp, pembentukan kumpulan yang fleksible, kaedah dan pendekatan pengajaran yang pelbagai
c. Reciprocal
- Bergilir-gilir kedudukan pemimpin instruksional antara guru dengan murid
d. Scaffolding
- Proses membantu murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan baharu dengan menggunakan pengetahuan sedia ada murid sebagai asas
e. TMK
- Untuk pengajaran, memberi maklum balas kemajuan
f. Kecerdasan pelbagai
- 9 kecerdasan
- Semua murid mempunyai kecerdasan masing-masing
-
g. Pengajaran multiperingkat
- Digunakan oleh guru apabila murid mempunyai pengalaman sedia ada / pembelajaran yang pelbagai
- Membenarkan murid menyelesaikan tugasan pada peringkat pengalaman mereka yang tersendiri
h. Multisensori
- Melihat, mendengar, merasa, menyentuh, menghidu
i. Pendekatan konstruktivis (pengajaran interaktif)
- Interaksi 2 hala
- Guru galak penyoalan, pertanyaan dan pandangan murid
- Merupakan prasyarat untuk berlakunya inklusif (focus kepada penglibatan murid , bukan hasil)
j. Kolaboratif
- Pengajaran oleh 2 / lebih guru dalam menyampaikan Pdp dalam sebuah kelas
- Wujudnya komuniti pemb. Professional
- Guru merancang dan berkongsi tanggungjawab mengajar
- Boleh mengurangkan beban guru
- Kepakaran, ilmu pengetahuan, pengalaman dan kebolehan
- Meningkatkan mutu dan keberkesanan Pdp dan pengurusan bilik darjah
k. Konstruktivis
- Bina pengetahuan sendiri, mengawal pemb. Sendiri, pemb. Bermakna
- Berpusatkan murid
ADAPTASI KURIKULUM DAN BAHAN PENGAJARAN
- Perubahan yang dibenarkan dalam persekitaran pendidikan yang membenarkan murid peluang yang sama untuk mendapat akses, hasil, manfaat tahap pencapaian
- Membenarkan MBK melibatkan diri dalam persekitaran inklusif dengan mengambil kira kelemahan murid
- Tidak merendahkan tahap / jangkaan pemb. Dan pentaksiran
- 9 jenis:
a. Kuantiti (bilangan item yang belajar / bilangan aktiviti)
b. Input (cara pengajaran – BBM, teks yang berhuruf besar, contoh konkrit, hands-on, kooperatif)
c. Penglibatan (setakat mana murid perlu melibatkan diri dalam tugasan dengan aktif)
d. Masa (masa yang diperlukan untuk pembelajaran, menyiapkan tugasan / ujian)
e. Tahap kesukaran (memudahkan arahan, penggunaan kalkulator, pertukaran peraturan)
f. Matlamat alternative (bahan yang sama, hasil pembelajaran yang berbeza, hanya untuk murid yang sederhana / teruk)
g. Tahap sokongan (bantuan guru)
h. Output / hasil (cara murid merespons arahan / pengajaran)
i. Substitute Curriculum / functional Curriculum (menggunakan pengajaran bahan yang berlainan untuk memenuhi matlamat murid, hanya untuk MBK sederhana dan teruk sahaja)
- Adaptasi hanya dilakukan sekiranya murid memerlukannya dan bergantung kepada RPI
A-komodasi
- Mengeluarkan halangan yang menghalang / menyekat MBK daripada mengambil bahagian sepenuhnya dalam pendidikan
- Mencapai objektif inklusif tanpa memodifikasi kurikulum
- Tidak dapat memenuhi kehendak semua murid
Modifikasi
- Pertukaran isi kandungan, konseptual kerumitan, matlamat pendidikan dan kaedah-kaedah Pdp
- Modifikasi kurikulum (kandungan, pengajaran dan hasil pembelajaran dimodifikasi untuk memenuhi keperluan pelbagai murid)
STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN MURID MASALAH PEMBELAJARAN
- Untuk menangani keperluan murid yang pelbagai latar belakang, stail pembelajaran dan kebolehan
- Agar murid merasakan diri mereka dihargai
Strategi pelaksanaan pendidikan inklusif:
a. Membentuk pengetahuan sedia ada
b. Prarancang , rancang dan pasca rancang pengajaran dengan objektif-objektif berstruktur
c. Daripada yang mudah kepada yang sukar / kompleks (pecahkan tugasan kepada bahagian-bahagian yang mudah difahami dan diikuti)
d. Pendekatan langkah demi langkah, ajar dalam bahasa kecil, banyakkan latihan dan ulangan
e. Buat peneguhan dengan contoh konkrit
f. Fikir tentang semua akomodasi dan modifikasi yang mungkin diperlukan
g. Gabungan elemen-elemen sensori (VAKT)
h. Guna kekuatan murid untuk mengajar mereka
i. Tumpu perhatian kepada individu dan bukan sindrom
j. Wujudkan peluang untuk kejayaan (bina esteem kendiri)
k. Bincang yang positif sebelum yang negatif
l. Guna modelling
m. Pelbagai jenis pentaksiran dan pengajaran
n. Kaitkan pembelajaran dengan kehidupan
o. Wujud persekitaran pemb yang kondusif dan selesa
p. Sentiasa senyum
q. Komunikasi dan berkolaborasi dengan keluarga, murid dan rakan sekerja
Strategi murid masalah pembelajaran:
a. Guna arahan lisan jika murid bermasalah dalam bacaan
b. Semak kemajuan dengan kerap dan beritahu kemajuan
c. Beri maklum balas serta merta
d. Aktiviti tepat dan singkat (mudah hilang focus)
e. Guna bahan konkrit dan guna deria seberapa banyak yang boleh
f. Beri pujian yang spesifik
g. Ulang arahan / sediakan maklumat dalam format bertulis dan verbal ikut keperluan
h. Galakkan aktiviti kooperatif
Strategi murid kurang upaya penglihatan:
a. Adaptasi persekitaran, bahan dan arahan
b. Guna bahan-bahan yg sesuai seperti buku teks, buku cerita, bahan bercetak dirakam (lisan)
c. Tulisan besar, garisan tebal (papan tulis) & bercakap sambil menulis
d. Duduk dihadapan berhampiran dengan guru
e. Beri arahan yang jelas
f. Tidak guna istilah ‘di sini’, ‘seperti itu’
g. Pasangkan murid dengan murid biasa yang boleh membantu mereka dari segi penglihatan
Strategi murid kurang upaya pendengaran:
a. Sediakan arahan bertulis / bergambar
b. Lakonkan langkah-langkah aktiviti / demostrasi
c. Murid duduk di hadapan
d. Murid diajar untuk membaca bibir
e. Gerakan bibir yang jelas semasa bercakap dan menghadap murid berkenaan
f. Bekalkan pengalaman multisensori
g. Bersabar apabila menunggu respons murid pekak
h. Guna bahan konkrit dan maujud
KOLABORATIF
- Perkongsian tanggungjawab antara guru aliran perdana dan guru pendidikan khas (kerjasama merancang Pdp, menjalankan Pdp, mentafsir dan mengurus kelas)
- Boleh memberikan lebih perhatian kepada semua murid
- Cara mengajar:
a. Seorang mengajar, seorang memerhati
- Dapat memerhati tingkah laku murid dan cara memberikan tindak balas
- Penting untuk menulis RPI dan untuk pengurusan tingkah laku
- Biasanya guru biasa mengajar, guru pendidikan khas memerhati
b. Seorang mengajar, seorang membantu
- Membantu / memberi peneguhan kepada murid (jika perlu)
- Guru pendidikan khas membantu
c. Pengajaran stesen
- Guru rancang dan bertanggungjawab terhadap bahagian-bahagian tertentu
- Guru menggunakan kekuatan yang ada pada diri
- Murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan bergerak
d. Pengajaran selari
- Kelas dibahagi kepada 2
- Kedua-dua kumpulan diajar perkara yang sama tetapi cara yang berlainan
e. Pengajaran alternative
- Guru arus perdana ajar kumpulan murid biasa / yang besar
- Guru pendamping / pendidikan khas ajar murid yang kurang memahami pelajaran (murid BK / murid yang lemah)
- Pengajaran yang serentak
f. Tag-team teaching
- Pengajaran berpasangan tradisional
- Kedua-dua guru merancang dan menyampaikan pengajaran yang sama bersama-sama
- Pdp boleh berlaku secara spontan / dicatat
- Model yang paling kompleks tetap memberikan kesan yang memuaskan
Alat berbantu dan teknologi dalam pedagogi inklusif
- Membantu murid menangani keadaan tidak dapat memperoleh maklumat yang dipelajari akibat perbezaan individu
- Murid akan lebih selesa dalam pemb.
- Untuk murid ketidakupayaan fizikal, boleh guna alat input computer
a. Trackball mouse (perlu pergerakan tangan yg minimum)
b. Alternate keyboard dan extra large keys (untuk penulisan)
- Isi kandungan dan tahap kesukaran tugasan masih sama
Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
- Satu rekod bertulis yang melaporkan perancangan pendidikan secara individu berdasarkan keupayaan / kekuatan dan kelemahan murid
- Direka dan dikaji semula selepas suatu tempoh masa
- Untuk melihat perkembangan MBK
- Disediakan oleh guru pendidikan khas dengan kerjasama guru arus perdana
- Menyediakan pernyataan ringkas berkenaan:
a. Tahap prestasi individu
b. Perancangan akademik dan bukan akademik
c. Sekurang-kurangnya satu matlamat jangka masa panjang dan pendek berdasarkan keperluan individu
d. Rangkaian aktiviti yang dirancang
e. Pencapaian setiap aktiviti bagi mencapai matlamat
f. Perkhidmatan sokongan yang diperlukan
g. Persetujuan pihak ibu bapa / penjaga
No comments:
Post a Comment