Thursday, 9 May 2019

SJHK3113 TAJUK 4: PERKEMBANGAN POLITIK DI SABAH DAN SARAWAK

PERKEMBANGAN POLITIK DI SABAH DAN SARAWAK
Kemunculan Parti2 Politik di Sabah dan Sarawak
Sabah
1) UNKO
· United National Kadazan Organization.
· Ditubuhkan pada Ogos 1961.
· Diasaskan oleh Donald Stepehens (Tuan Fuad Stepehns).
· Menyatukan Kadazan Dusun, Murut dan Rungus.
· Parti pertama ditubuhkan di Sabah.
· Matlamat penubuhan:
a) Menjaga kepentingan dan memelihara hak bumiputera Sabah terutama kaum Kadazan Dusun.
b) Menguatkan hubungan di antara kaum kadazan Dusun agar dapat memperjuangkan 1 ciri dan matlamat dlm politik, ekonomi dan sosial.
c) Menggalakkan semangat org2 Kadazan Dusun supaya bersatu dan tidak mudah mengalah kpd org2 lain, agar terus hidul dlm suasana gembira, harmoni dan sederhana.

2) USNO
· United Sabah National Organization (USNO)
· Kemunculan UNKO menimbulkan rasa bimbang dlm kalangan penduduk bumiputera Islam di Sabah.
· USNO ditubuhkan bg mewakili cita2 dan objektif komuniti Melayu Muslim.
· Dilancarkan di Kudat oleh Tun Datu Mustapha Harun, 23 DIsember 1961, 4 bulan selepas UNKO.
· Matlamat Peubuhan:
a) Menukar nama Borneo kpd Sabah.
b) BM sbg Bahasa Kebangsaan
c) Perjuangkan hak bumiputera Islam
d) Perjuang Agama Islam sbg agama rasmi.
· Kewujudan USNO adalah hasil kesedaran org2 Melayu Islam terutama Datu Mustapha dan pemimpin Islam yg bergiat dlm berbagai persatuan Islam.
· Cogan kata parti: Bersatu, Bersedia, Berkhidmat ke arah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia.  
· USNO sejak awal lagi menyokong gagasan Malaysia kerana ia dapat menjamin perkembangan ekonomi dan kestabilan politik Sabah.
· Pembentukan Malaysia juga mampu menyekat perkembangan komunis di Sabah.

3) PASOK MOMOGUN
· Ditubuhkan pada Jan 1961.
· Diasasskan oleh org Kaya2 Sedomon dan G.S Sundang.
· Melindungi kepentingan penduduk di pedalaman Sabah.
· G.S.Sundang keluar dari UNKO dan menubuhkan Pasok Momugun pada 4 Januari 1962 bersama-sama dengan Orang Kaya2 Sedomon.
· Perkataan Pasok Momogun dalam bahasa Dusun membawa maksud People Of the Country, tetapi ia di anggotai oleh kebanyakan kaum Murut dan Dusun di Sabah.
· Ditubuhkan oleh golongan Bumiputera Sabah yg tidak setuju dengan USNO yg menyokong gagasan Malaysia dan penggunaan “Kadazan” oleh UNKO.

4) PERSATUAN CINA SABAH
· Ditubuhkan pada Oktober 1962.
· Diasaskan oleh Khoo Siak Chiew dan Peter Chin.
· Melindungi kaum Cina di Sabah.

Sarawak
1) SUPP
· Parti Rakyat Bersatu Sarawak.
· Ditubuhkan pada tahun 1959.
· Sebuah parti bercorak pelbagai kaum tetapi majoriti keahliannya terdiri daripada kaum Cina.
· Mendapat galakan drp pentadbiran kolonial kerana penubuhannya dianggap sebagai persediaan awal ke arah pemerintahan sendiri seperti yang dirancang oleh Inggeris.
· Matlamat utama:
a) Utk memajukan kegiatan politik rakyat Sarawak dgn cara perlembagaan dan tujuan memperoleh kemerdekaan.
b) Utk mengekalkan perpaduan kaum dan satu padu semua bangsa serta galakkan rakyat Sarawak yg berdikari.
c) Utk menubuhkan satu kerajaan berasaskan demokrasi berparlimen.
d) Utk menggalakkan dan memastikan kemajuan ekonomi dan kebudayaan semua kaum dan seterusnya memperbaiki ekonomi pekerja berpendapatan rendah.

2) SNAP
· Parti Kebangsaan Sarawak
· Merupakan parti politik tertua bangsa Iban Sarawak.
· Ditubuhkan pada 10 April 1961 hasil keputusan perundingan pekerja SHELL berbangsa Iban.
· Pengerusi yang pertama ialah J.S Tinker.
· Setiausaha Agung SNAP pertama ialah Stephen Kalong Ningkan.
· Pada dasarnya, SNAP bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Iban, tetapi terdapat sebilangan kaum Bidayuh menyertai parti ini.
· SNAP telah mengubah perlembagaan pada tahun 1963 untuk menerima ahli bukan Dayak.
· James Wong Kim Min menjadi ahli cina SNAP yang pertama dan kemudian menjadi presiden selama 22 tahun.
· Matlamat penubuhan:
a) Perjuangkan hak dan kepentingan orang Iban di Sarawak.
b) Mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak.

3) PERSATUAN CINA SARAWAK
· Sarawak Chinese Association (SCA).
· Ditubuhkan pada JUlai 1962.
· Hasil dua kumpulan peniaga Cina dari suku Teochew dan Foochow.
· Fahaman sosialis SUPP dan tentangannya terhadap kerajaan telah mengalakkan golongan kaya Cina menubuhkan SCA
· Pengerusi pertamanya ialah William Tan (suku Teochew).
· SCA mendapat sokongan berasaskan kumpulan dialek dan peranannya sebagai parti yang menjaga kepentingan orang kaya.
· Matlamat penubuhan:
a) Galakkan penyertaan org Cina dlm politik.
b) Menjaga kepentingan org Cina.
c) Berhasrat untuk berjuang bersama dalam menjadi satu sekutu Perikatan parti-parti yang sama konsep dan bertujuan untuk seluruh bangsa dan negara.
Menyatukan orang Cina dan menyokong gagasan Malaysia serta berusaha ke arah perpaduan.

No comments:

Post a Comment

white-blue