Thursday, 9 May 2019

SJHK3113 TAJUK 5: PENYERTAAN SABAH DAN SARAWAK DALAM GAGASAN MALAYSIA

PENYERTAAN SABAH DAN SARAWAK DALAM GAGASAN MALAYSIA

Idea Gagasan Malaysia
ü Hasil buah fikiran Perdana Menteri PTM, Tunku Abdul Rahman.
ü Beliau berpendapat perlunya mewujudkan satu penyatuan dari segi politik dan ekonomi di antara PTM, Brunei, Sarawak, Sabah dan Singapura.
ü Tercetus atas kesedaran bahawa TM dan wilayah2 terbabit sukar untuk berdiri sendiri serta berasingan, terutamanya dlm menghadapi sebarang persaingan di peringkat antarabangsa.
ü Perlunya kerjasama antara penduduk wilayah2 terbabit bagi mempercepat perhubungan dlm pelbagai bidang.
ü Faktor penubuhan Malaysia:
1) Politik :
Perkembangan pengaruh Barisan Sosialis.
Lee Kuan Yew berminat bergabung dgn Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan sosial yg memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura.
Kebangkitan ini akan melemahkan pimpinan Lee Kuan Yew (Parti Tindakan Raya/People’s Action Party, PAP) pd masa depan.
Perkembangan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British utk beri kemerdekaan kpd Singapura.
Barisan Sosialis dianggal gerakan berhaluan kiri.
Ancaman komunis
Tambahan pula, PTM mempunyai pengalaman yg lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu sepaniang tempoh darurat, dari tahun 1948 hingga tahun 1960.
Selain itu, ancaman komunis juga wujud di Sarawak yg diperjuangkan oleh Dandestine Communist Organization (CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
Penyertaan Singapura,Sarawak dan Sabah ke dlm Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.

Mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei.
Kemerdekaan lebih awal kerana mengikut perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dlm tempoh 2 tahun.

Proses dekolonisasi British.
Pada masa ini, hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah berjaya mendapatkan kemerdekaan.
Dalam Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1960 telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.
Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara.
British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.
British perlu mengambil langkah-langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama pangkalannya di Singapura.

2) Ekonomi
Mewujudkan satu pasaran yg lebih luas.
Menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.

Memanfaatkan keistimewaan dan sumber2 yg ada di negeri2 lain.
TM kaya dgn bahan mentah spt getah & bijih timah.
Sabah & Sarawak : Balak
Brunei : sumber minyak.

3) Sosial
Mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum.
Penggabungan TM dgn Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum.
¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina.
Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan imbangi kadar kaum2 kerana 70% adalah bumiputera.

Memajukan negeri2 yg belum membangun.
Bertujuan utk menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-negeri anggota yang mana selari dengan dasar dekolonisasi British.
Memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri masing2 demi kepentingan bersama.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
ü Ditubuhkan pada 23 Julai 1961.
ü Tujuan:
1) Mengumpul dan membandingkan buah fikiran serta pendapat-pendapat berkenaan pembentukan Malaysia di wilayah-wilayah yang terlibat.
2) Menyebarkan keterangan dan menggalakkan perbincangan tentang rancangan Malaysia dan menyegerakan kesedaran ke arah pembentukan Malaysia.
3) Memberi penerangan dengan lebih jelas mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei.

Suruhanjaya Cobbold  
ü Ditubuhkan pada Jan 1962.
ü Juga dikenali sbg Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara.
ü Dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England).
ü Ahli2; Sir Anthony Abel, Sir David Watherston (Wakil British) dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee (Wakil TM).
ü Tujuan:
1) Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
2) Membuat syor2 perlembagaan.

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
ü Ditubuhkan pada Ogos 1962
ü Utk merangka Perlembagaan Malaysia.
ü Turut membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah (Perkara 20).

Reaksi Penduduk Sabah dan Sarawak
ü Terdapat golongan yg menyokong dan tidak bersetuju dgn idea pembentukan Malaysia.
ü Sarawak:
· Parti Negara Sarawak (PANAS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) – tentang!
· Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) – sokong!
· Tentangan adalah utk memperoleh kemerdekaan sendiri terlebih dahulu sblm membentuk penggabungan dgn wilayah lain.
ü Sabah:
· Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (UNKO) dan Pasok Momogun – tentang!
· Tentangan kerana lebih memperjuangkan kemerdekaan Sabah
· Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) – sokong!
· Sokong kerana penubuhan Malaysia adalah jalan keluar bg Sabah serta dpt menjamin keselamatan Asia Tenggara.

Perkara 20
ü Perjanjian 20 Perkara / Memorandum 20 Perkara adalah senarai 20 perkara yg dibuat oleh Borneo Utara.
ü Syarat2 untuk Borneo Utara bersama2 membentuk Malaysia.
ü Perkara 20 adalah reaksi para pemimpin tempatan yang kurang berpuas hati terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Cobbold.
ü Sebagai reaksi kepada laporan tersebut, kepimpinan Borneo Utara yang diketuai oleh Donald Stephen telah merangka satu memorandum yang dikenali sebagai 20 Perkara yang juga diterima oleh Sarawak sebagai 18 Perkara.





Perjanjian Malaysia, 16 September 1963
1) Semua urusan hal ehwal luar di bawah taggungjawab Kerajaan Persekutuan yg berpusat di Kuala Lumpur.
· Hal ehwal luar seperti dasar hubungan diplomatik merupakan tanggungjawab Kerajaaan Persekutuan untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan Malaysia.

2) Agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak tetapi agama lain bebas diamalkan.
· Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
· Kerajaan Persekutuan member pertimbangan sewajarnya kepada tuntutan Sabah dan Sarawak yang menuntut supaya tiada agama rasmi di Sabah dan Sarawak.
· Namun, sikap pemuafakatan kaum jelas apabila Perjanjian Malaysia 1963 mengambil kira kebebasan beragama memandangkan Persekutuan Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.

3) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan Persekutuan tapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan.
· Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
· Bahasa Inggeris dan bahasa lain juga diberikan tempat yang penting.
4) Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasminya ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
· Kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan kepada Sabah dan Sarawak dalam Tuntutan 20 Perkara Sabah dalam usaha merealisasikan pembentukan Persekutuan Malaysia.
· Akan tetapi kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran ini sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia demi mencerminkan sebuah negara Persekutuan yang bersatu padu dan beridentitikan negara dan bangsa Malaysia

5) Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam sendiri.

6) Sarawak mendapat 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen.
· Kepentingan dan hak negeri anggota dilindungi melalui perwakilan mereka di dalam Parlimen.
· Ini menunjukkan keikhlasan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam membentuk sebuah persekutuan dengan perkongsian kuasa

7) Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
· Hak istimewa bumiputera Sarawak dan Sabah dilindungi dan diiktiraf dalam Perlembagaan Malaysia 1963.


Perkembangan Politik di Sabah dan Sarawak selepas 1963



Isu2 Selepas Pembentukan Malaysia
Tuntutan Filipina ke atas Sabah

Tarikh Kemerdekaan Sabah dan Sarawak

Integrasi Nasional 

No comments:

Post a Comment

white-blue